Thursday, January 19, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

OPOCOT FARHAN HENSEM BUKA ABIS BAB ABBY ABADI

Farhan.jpg



Baru-baru ini Farhan telah muncul diMangga Online, bergaya persis model, sepadan dengan bidang yang ingin diceburinya iaitu peragaan untuk iklan komersil dan katalog serta bidang lakonan. Katanya dia hanya ingin mencuba nasib dan bukannya menumpang nama Abby:



Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi.



Untuk persediaan diri sebagai model dan pelakon, Farhan giat bersenam di gimnasium dan sudah berjaya menurunkan 10kg dari berat 90kg. Dia bercadang untuk menurunkan sebanyak 10kg lagi untuk mencapai berat badan asal.


Adakah Farhan memiliki bakat untuk menyertai bidang lakonan? Nampaknya seseorang perlu memberi peluang kepada Farhan terlebih dahulu baru kita tahu, tak gitu? Manalah tahu bakat Farhan setanding pelakon-pelakon sasa Korea Selatan, mungkin berpeluang menjadi hero slot drama Samarinda nanti. Harap-harap begitulah.

All the bestbuat Farhan.


Sumber: ceritahangatonline

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Leave A Response