KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sunday, January 22, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

Insurans Rumah Anda Kenapa anda perlu ambil MLTA dan bukan MRTA



Perhatian kepada pemilik rumah kediaman danbakal-bakal pembeli rumah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.

home-insurance-3.jpg

Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-

  • Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan belum memiliki apa-apa insurans rumah anda ?
  • Sedang dalam proses untuk membeli rumah ?
  • Tidak tahu sepatah pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MRTA or MLTA ?

Jika Ya, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman

INSURANS MRTA Vs MLTA

Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini,iaitu :-

i) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance dan

ii) MLTA – Mortgage Level Term Assurance.

MLTA ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTA.

MLTA menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyaiperlindungan serta simpanansekali gus.

Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTA kerana dalam MRTA, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan.

Maknanya 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat.

Maknanya juga, dalam MRTA pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) disepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 30 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen benefit pun daripada pihak bank or dari syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar untuk perlindungan selama tempoh 30 tahun itu.

Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTA, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value).

Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan. Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

whatsapp%2Betiqa%2Btakaful.jpg



Nak tahu lanjut, anda boleh wassap saya Lazim 019-344 2370.


Wassap Lazim 019-344 2370

Saya boleh tolong kirakan untuk anda dan anda boleh buat perbandingan sama ada nak ambil MRTA atau MLTA.

RUNGUTAN PELANGGAN BANK

Memandangkan banyak rungutan yang ditimbulkan oleh pelanggan yang berurusan dengan pihak Bank sewaktu memohon pinjaman perumahan ini, maka BNM telah menggubal satu peraturan baru yang tidak lagi membenarkan bank-bank untuk mengambil polisi insurans yang mereka cadangkan sahaja.

Selalunya bank akan cadangkan (paksa le tu) untuk mengambil polisi insuran MRTA daripada mereka sahaja.

Sekarang, pelanggan ada hak untuk memilih polisi insurans mengikut keperluan mereka sendiri. Pelanggan boleh pilih sama ada nak ambil MRTA atau MLTA..

Dalam MRTA,pelanggan tiada pilihan laindari segi kaedah bayarannya. Pelanggan dikehendaki membayar sekali gus (lump-sum) fees untuk insurans MRTA.

Jika pelanggan membuat pinjaman dengan tempoh pinjaman 30 tahun lamanya, maka jika pelanggan mengambil polisi insurans MRTA, pelanggan dikehendaki membayar fees insurans rumah MRTA untuk cover sehingga 30 tahun sekali gus, walaupun rumah masih dalam pembinaan (belum duduk lagi).

Sedangkan pelanggan ada option lain (selalunya tak dimaklumkan oleh pihak bank) iaitu Insurans or takaful simpanan (MLTA la nie) yang juga berperanan untuk melindungi pembeli rumah daripada musibah kematian or cacat kekal kepada peminjam perumahan.

Sedangkan dalam insurans MLTA, pelanggan bukan sahaja boleh buat bayaran secara berkala(bulanan, suku-tahunan, setengah tahunan or tahunan) malah bukan semua fees yang dibayar kepada syarikat insurans akan dikaut oleh syarikat insurans.

Sebahagian lagi akan dipulangkan balik dalam bentuk simpanan tunai . Part ni ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya.

Banyak lagi yang ketara perbezaan antara MRTA dan MLTA ni, Untuk bacaan dan pemahaman, boleh la studi sikit jadual yang saya sertakan di bawah ini.


Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara MRTA dan MLTA


MRTA MLTA
Tujuan Perlindungan sahaja Perlindungan, dan Simpanan
Perlindungan Amaun perlindungan akan menyusut dari tahun ke tahun. Amaun perlindungan kekal sepanjang tempoh pinjaman.
Pemegang Polisi

Atas nama bank Atas nama peminjam atau mereka yang bertanggungjawab membuat bayaran insurans rumah ini
Pindah Tidak boleh dipindah milik.

*** Nak pindah macam mana? Pemegang polisi adalah atas nama Bank.

Boleh ditentukan faraid dan hibah kepada anak isteri.
Nilai Tunai Tiada langsung. Tetap nilai tunai (dijamin) sepanjang tempoh pinjaman.Pemegang polisi akan mendapat semula premium yang dibayar pada masa hadapan.
Pembayaran Bayaran sekali gus (lump-sum)atau dibiayai ke dalam gadai janji pinjaman.

* Jika bank bundle sekali dalam housing loan, maka fees sebenar untuk MRTA akan meningkat 3 kali ganda (include bank interest)

Bayaran secara berkala. Boleh pilih sama ada untuk bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.
Premium Rendah Tinggi sedikit

Kesimpulan


, Jika anda nak kan insurans rumah yang boleh :-

1. Dibayar secara bulanan dan bukan lump-sum
2. Yang ada saving (duit premium bukan semua ditelan oleh syarikat insurans)
3. Penama atas nama anda sendiri dan bukan atas nama bank
4. Amaun perlindungan rumah tak akan susut sampai ke akhir tempoh pinjaman

Maka


Jawapan yang paling sesuai adalah insuran rumah MLTAdan lupakan sahaja MRTA.

whatsapp%2Betiqa%2Btakaful.jpg

Untuk keterangan lanjut berkenaan MLTA , anda boleh wassap saya


Wassap Lazim 019-344 2370

Sumber: etiqanasional

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Leave A Response