Thursday, January 19, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

8 Foto Realiti Kehidupan SEBENAR Slyvester Stallone Sebelum Bergelar Bintang Hollywood Terkenal Amerika

admin@apeciter 22nd June 2016 sensasi Comments Off on 8 Foto Realiti Kehidupan SEBENAR Slyvester Stallone Sebelum Bergelar Bintang Hollywood Terkenal Amerika

Ini adalah sebuah kisah yang paling menyedihkan yang pernah diceritakan di Hollywood. Nama dia, Sylvester Stallone. Salah seorang bintang filem yang amat terkenal di Amerika.

Sebelum bergelar sebagai bintang filem Hollywood, Stallone berusaha gigih dalam bidang lakonan yang diceburinya. Pernah pada suatu ketika, dia terpaksa mencuri barang kemas isteri dan menjualnya.

rocky.jpg

Kehidupannya menjadi semakin teruk dan daif. Akhirnya, dia kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tidur di stesen bas New York selama tiga hari kerana tiada wang untuk membayar sewa serta membeli makanan.
?cb=1465464211&a=2318&e=8760
?cb=1466506456&a=2326&e=8760

Dalam keadaan yang sangat terdesak dan kesempitan wang itu, dia terpaksa menjual anjing kesayangannya di kedai arak, pada seorang lelaki yang tidak dikenali. Ini kerana dia sudah tidak mampu membelikan makanan untuk anjing itu lagi.

Kisah-Benar-Kehidupan-Slyvester-Stallone

Dia menjual anjing itu pada harga $25 sahaja dan berlalu pergi dengan tangisan kesedihan.

Dua minggu kemudian, dia menonton perlawanan boxing di antara Muhammad Ali dan Chuck Wepner. Perlawanan boxing itu memberikan inspirasi kepadanya untuk menulis skrip filem terkenal iaitu filem Rocky.

Dia menulis skrip dalam masa 20 jam sahaja. Dia cuba menjualnya dan mendapat tawaran $125,000 untuk skrip tersebut. Namun begitu, dia membuat satu permintaan iaitu dia mahu menjadi bintang utama dalam filem itu. Dia mahu menjadi Rocky. Permintaannya itu ditolak oleh pihak studio kerana mereka mahukan bintang terkenal menerajui filem itu.

Mereka berkata, Stallone kelihatan kelakar dan gaya percakapannya juga mengelikan hati.

Kecewa dengan persepsi dan penghinaan itu, dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

Beberapa minggu kemudian, pihak studio yang sama telah menawarkan $250,000 untuk skrip tersebut. Stallone menolak. Mereka tawarkan pula $350,000 dan dia tetap menolak. Mereka tegaskan yang mereka mahukan skrip itu, bukannya Stallone.

Kisah-Benar-Kehidupan-Slyvester-StalloneSylvester Stallone di awal penampilan beliau dalam filem Rocky

Stallone tetap tidak berganjak dari pendiriannya, dan menegaskan dia mahu membintangi filem itu sendiri.

Selepas beberapa ketika, akhirnya mereka akur dengan kemahuan Stallone dan membayar $35,000 untuk skrip tersebut serta menjadikan Stallone sebagai bintang utama.

Cerita yang selebihnya adalah sejarah. Filem Rocky berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik, Pengarahan Filem Terbaik dan Best Film Editing di anugerah berprestij, Oscar Awards.

Walaupun dia berjaya merangkul anugerah Pelakon Terbaik, filem Rocky telah pun disenaraikan dalam American National Film Registry sebagai salah satu filem yang terbaik.

Kisah-Benar-Kehidupan-Slyvester-Stallone

Tahukah anda, apa yang dia beli dengan wang sebanyak $35,000? Anjing kesayangannya!

Stallone sangat menyayangi anjing peliharaannya sehingga dia sanggup berdiri di kedai arak selama tiga hari untuk menunggu kehadiran lelaki yang membeli anjingnya dulu.

Pada hari ketiga, dia ternampak lelaki berkenaan datang ke kedai bersama dengan anjing kesayangannya. Stallone menjelaskan kepada lelaki itu kenapa dia menjual anjing kesayangannya dan merayu agar lelaki itu menyerahkan semula anjing itu kepadanya. Malangnya lelaki itu enggan menjualnya.

Dia tawarkan harga $500 dan lelaki itu masih menolak walaupun ditawarkan $1,000. Percaya atau tidak, Stallone terpaksa membayar $15,000 untuk mendapatkan anjing kesayangannya semula yang sebelum ini dijual dengan harga $25.

Hari ini, Stallone yang pernah tidur di jalanan dan terpaksa menjual anjingnya kerana tidak mampu membelanya dan kini dia merupakan salah satu Bintang Filem terkenal di dunia.

Sumber: ohmymedia

Sumber: lestaridunia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.