KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sunday, January 22, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

Perlu Tahu Alahan ubat adalah risiko yang paling ditakuti

admin@apeciter 23rd June 2016 gosip Comments Off on Perlu Tahu Alahan ubat adalah risiko yang paling ditakuti

1466670173799.jpg

Rawatan segera perlu diberikan kepada pesakit yang mempunyai sejarah alahan. Bengkak-bengkak di bahagian muka atau bahagian badan yang lain tidak boleh dipandang remeh. Kesukaran bernafas dan penurunan tekanan darah badan yang mendadak adalah antara risiko yang paling ditakuti.
Ia terjadi hasil rembesan histamine oleh sistem daya tahan tubuh. Nah, hilang keupayaan bernafas akan menghalang badan terutama fungsi otak untuk bertindak normal. Umpama kabel elektrik yang diputuskan dari peti sejuk. Anda pasti boleh bayangkan, bukan?
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan kad khas sebagai satu kaedah notifikasi alahan. Kad ini akan diberikan kepada pesakit sebagai langkah pencegahan daripada alahan berulang mengikut prosedur yang telah dikeluarkan melalui Garis Panduan Pengesanan Pesakit Dengan Alahan Ubat-ubatan.



72665219.jpg

” Selepas rawatan selesai dan pesakit dibenarkan pulang, adalah menjadi tanggungjawab mutlak pesakit untuk memaklumkan kepada doktor mengenai sejarah alahan apabila mendapat rawatan di fasiliti kesihatan yang lain.”

ruam.jpg


Kegagalan untuk memaklumkan matlumat yang amat penting ini boleh memudaratkan rawatan yang diterima pada masa depan. Kenapa? Kerana doktor yang tidak pernah merawat pesakit tersebut tidak mungkin akan mengetahui sejarah alahan tersebut melalui luaran.
Simptom symptom alahan kebanyakkan akan hilang selepas dirawat. Sekiranya pesakit menerima ubat sama, tindakbalas alahan akan diaktifkan semula. Pencegahan terhadap alahan kepada ubat yang sama boleh dilakukan. Jadi, hafal dan kenalilah nama ubat tersebut. Maklumkan juga kepada ahli keluarga terdekat.

*Ibuprofen adalah antara alternatif yang boleh digunakan bagi merawat demam tetapi bukan pilihan utama kerana terdapat kesan sampingan lain yang tidak diingini seperti kepedihan perut. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda ujicuba sebarangan ubat untuk merawat diri sendiri.

Rujukan :
Drug Allergy: Clinical Aspects, Diagnosis, Mechanisms, Structure-Activity Relationships Brian Baldo, Nghia H Pham

http://www.pharmacy.gov.my

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.