Thursday, January 19, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

TERKINI Awie Berlaku Jujur Dedahkan Tak Pernah Beri Nafkah Untuk Perbelanjaan Dua Anaknya

admin@apeciter 23rd June 2016 sensasi Comments Off on TERKINI Awie Berlaku Jujur Dedahkan Tak Pernah Beri Nafkah Untuk Perbelanjaan Dua Anaknya

Menjawab dengan jujur pertanyaan peguam dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, penyanyi dan pelakon, Awie mengakui bahawa dia tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

aw.png

Bagaimanapun, menurut Awie, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu. Ditanya peguam adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.

Jelasnya, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak syaitan maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak. Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.

Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali, katanya. Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.

Sumber: viralberita

Sumber: lestaridunia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.