KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sunday, January 22, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

ada peminat cuba runtuhkan rumah tangga kami

admin@apeciter 11th January 2017 gosip Comments Off on ada peminat cuba runtuhkan rumah tangga kami

15876161_386649038338878_828060947108908

Gara-gara peminat fanatik tampil mengaku dirinya kekasih Wawa Zainal, rumah tangganya bersama Aeril Zafrel dikatakan hampir musnah. Kejadian itu bermula apabila lelaki itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril sehingga menyebabkan pasangan itu bergaduh besar.

BACA: Aeril Zafrel Bina Badan Demi Wawa Zainal

Ada peminat hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami

Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya. Saya kenal suami saya bagaimana orangnya dan perasaan cemburu atau merajuk itu sudah tiada lagi dalam fasa sekarang, katanya kepada m Star Online.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini bukanlah perkara baru, sebelum ini juga ada gosip mengatakan hubungan mereka sedang bergolak kerana sikap cemburu buta Wawa. Namun menurut Wawa, mereka kini lebih memahami dan membina kepercayaan antara satu sama lain.

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg

Apapun dalam rumah tangga apa yang penting adalah komunikasi diantara satu sama lain. Sebagai selebriti memang ada saja yang busuk hati melihat kebahagiaan orang lain. Bergaduh itu perkara biasa, biasalah lagikan lidah tergigit inikan pula hubungan suami isteri. (rkty/w)



SUMBER
M Star Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.