KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sunday, January 22, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

admin@apeciter 11th January 2017 politik Comments Off on Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

Adenan

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

Published on Jan 11, 2017 in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada Mei tahun lalu, seorang pemimpin yang berjaya menambat hati rakyat melalui pendekatan politik kesejahteraan, Tan Sri Adenan Satem, menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Allahyarham Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.

Bakal menjangkau usia 73 tahun pada 27 haribulan ini, Allahyarham merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih tugas daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014.

Pada PRN yang lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (BN-PBB) itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, menewaskan Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan, 72, meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

Dilahirkan pada 1944 di Kuching, Sarawak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph, Sarawak sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, Australia.

Memulakan kariernya sebagai Majistret di Kuching pada 1970, Adenan pernah berkhidmat sebagai Menteri Muda Pembangunan Tanah Sarawak selama dua tahun sehingga 1987 dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2004.

Perjalanan karier Allahyarham sebagai Ketua Menteri bermula pada 2010 apabila beliau dilantik sebagai Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum menyandang jawatan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak yang kebanyakannya mengendalikan isu berkaitan tanah.

Sebagai tokoh politik yang banyak menabur jasa dan khidmat khususnya dalam pembangunan negeri Sarawak, Allahyarham dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri, selain Pingat Perkhidmatan Bakti Negeri Sarawak dan Johan Bintang Sarawak pada 1986.

Peningkatan taraf hidup masyarakat di Sarawak merupakan agenda politiknya yang utama dan pangkat bukanlah kayu ukur yang diguna pakai untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pemimpin yang nyata begitu disegani.

Mengimbas kembali bait-bait ucapannya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PRN-11 PBB Zon Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, April tahun lalu: Sebagai seorang yang pernah memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri, saya tidak gilakan pangkat.

Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai Ketua Menteri. BERNAMA

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to email this to a friend (Opens in new window)
  • Click to print (Opens in new window)
  • More
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Tumblr (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)
  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Adenan Satemmeninggal dunia

Anda Juga Mungkin Berminat

Datuk Seri Najib Tun Razak Jan 11, 2017

PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri

Jan 11, 2017

Tok Nan Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

KUCHING Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul 1.20 tengah hari Khamis

Adenan Tak Pernah Ulas Polisi Kek Halal McDonald's Jan 7, 2017

Adenan Tak Pernah Ulas Polisi Kek Halal McDonalds

KUCHING Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung polisi

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Rompak Bersenjata, Mekanik Dipenjara 6 Tahun & Satu SebatanNext Story Next post: Pengamal Media Banjiri Wisma Bapa, Tunggu Pengumuman Rasmi Pemergian Adenan

Terkini dari Politik

Datuk Seri Najib Tun Razak Jan 11, 2017

PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah Jan 11, 2017

Tok Nan Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

KUCHING Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul Demokrasi Rakyat Jan 11, 2017

Responden Dakwa Kajian CPI Cabuli Hak Demokrasi Rakyat

Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian Berpuluh Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani Jan 10, 2017

Puluhan Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani

TEHRAN Berpuluh-puluh ribu rakyat Iran berada di Universiti Tehran pagi ini Writ Saman Zuraida Terhadap Jamal Gagal Diserahkan Jan 10, 2017

Writ Saman Zuraida Terhadap Jamal Gagal Diserahkan

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.