Thursday, January 19, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

Sayu Sayang Maaf abang tak dapat balik Suami maut lemas tak sempat lihat bayi baru mereka

admin@apeciter 11th January 2017 rencana Comments Off on Sayu Sayang Maaf abang tak dapat balik Suami maut lemas tak sempat lihat bayi baru mereka

Shukri%2BAbd%2BRashid.jpg

ALOR SETAR : ” Maaf abang tak dapat balik ” Abang kenapa tinggalkan kami .. Abang belum lihat lagi baby baru kita, Jasad Suami HamidahShukri Abd Rashid, 30 yang hilang dilaut ditemui berhampiran Pulau Songsong, Yan pagi tadi iaitu kira-kira 19 batu nautika dari Kuala Kedah.


Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa yang masih berpakaian lengkap berbaju merah sebelum dibawa ke darat jam 9.50 pagi


Seorang isteri pasti tidak dapat melupakan permohonan maaf terakhir suaminya melalui telefon sebelum suaminya itu gagal dikesan selepas keluar mencandat sotong di kawasan perairan Kuala Kedah, Sabtu lalu.


Hamidah Zakaria,26, berkata, sebelum itu dia cuba menghubungi suaminya, Shukri Abd Rashid,30, pada jam 2 pagi kerana bimbang keadaan cuaca ketika itu yang hujan.

Shukri%2BAbd%2BRashid%2B1.jpg

Menurutnya, suaminya tidak menjawab panggilannya pada mulanya dan menghubunginya semula kira-kira jam 3 pagi.


“Ketika itu suaminya hanya memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke darat untuk menemaninya yang sedang sarat mengandung.


Abang minta maaf tak dapat balik sebab cuaca buruk, itu sahaja yang dikatakan oleh suami saya. Mungkin dia fikirkan saya sakit hendak bersalin, padahal saya hubunginya kerana risau keselamatannya.


Saya ada menasihatinya agar meninggalkan botnya di laut dan menumpang bot besar yang lalu untuk pulang ke darat, katanya.


Hamidah berkata, dia kemudian cuba menghubungi suaminya sekali lagi pada jam 4 pagi, namun tidak berjawab.

Selepas itu, saya tidak lagi mendapat berita daripada suami sehingga sekarang, katanya.


Menurutnya, suaminya aktif mencandat sotong sejak tiga tahun lalu namun hanya turun mencandat pada waktu tertentu sahaja.


Saya tidak nafikan, cuaca agak buruk beberapa hari ini. Malam kejadian pun suami ada beritahu kalau cuaca elok baru dia akan turun mencandat, katanya.


Hamidah yang juga baru melahirkan cahaya mata lelaki malam kelmarin berkata, dia mula berasa sakit hendak bersalin ketika berada di lokasi pencarian suami nya.


Semoga Puan Hamidah menerima dugaan ini terus tabah membesarkan cahayamata mereka termasuk baby mereka yang baru lahir. Al fatihah

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.