Thursday, January 19, 2017
Cerita sensasi tatapan umum

Sport planet buat gila potongan harga hingga 70

admin@apeciter 11th January 2017 gosip Comments Off on Sport planet buat gila potongan harga hingga 70

4-Sport-Planet-Buat-Gila-Potongan-Harga-

Jika anda mahu berjimat di awal tahun ini, ayuh serbu jualan besar besaran Sport Planet yang akan berlangsung di Endah Parade Sri Petaling pada 13 hingga 27 Januari, bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Ha, cakap banyak pun tak guna, kami nak kongsikan dengan anda apa yang anda boleh dapatkan di sana nanti. Sport Planet bukan main main sebab mereka kasi potongan harga sehingga 70% tau!

Lubuk Pasukan Badminton

Sebab apa kami kata di Sport Planet adalah lubuk pasukan badminton? Sebabnya mereka ada banyak pilihan barangan badminton selain turut menawarkan diskaun yang berbaloi. Bagi yang nak beli raket baru atau pun bulu tangkis untuk latihan, ha apa lagi, jom serbu di sini.

Barangan Sukan Wanita Pun Ada

Siapa kata Sport Planet hanya jual barangan lelaki sahaja? Sebenarnya barangan sukan wanita pun ada. Tips untuk dapatkan size pilihan anda? Kena datang awal dan fokus dengan apa yang anda nak beli.

Barangan Original Dari Jenama Antarabangsa

Ramai yang tertanya status barangan di sini. Memang original ya dan ramai juga berpuas hati. Sebab tu setiap kali Sport Planet buat jualan, memang ramai yang serbu.

Harga Berpatutan Dengan Bajet Anda

Setiap kali ada jualan off season oleh Sport Planet, penuh orang serbu. Sebab apa? Sebab harga di sini memang berpatutan dan ada diskaun sehingga 70%!

Belanja Banyak Mampu Berjimat Lebih

Antara kelebihan harga yang murah ialah dapat menjimatkan kos dan sebab itulah anda boleh bawa pasukan badminton, futsal atau pun bola sepak untuk sama-sama dapatkan barangan baru. Malah nak buat hadiah pertandingan pun boleh tau.

Siapa yang pernah pergi jualan besar besaran oleh Sport Planet, memang ramai yang lambat keluar sebab rambang mata tengok barang yang ada. Nah, kami kongsikan screenshot gambar di bawah ini supaya anda tak lupa nak serbu lokasi jualan kali ini.

Kami kongsikan juga kepada anda beberapa lagi barangan yang anda boleh dapatkan di sana nanti. Enjoice!






Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.